top of page

TUGAS TOP 6, AJK & AHLI

TUGAS TOP 6

 

PENGERUSI DAN NAIB PENGERUSI

 

  1. Membantu guru penyelaras PSS dalam pengurusan keseluruhan PSS.

  2. Memastikan semua ajk lembaga PSS menjalankan tugas yang diamanahkan.

  3. Mengadakan perbincangan dengan top 6 untuk merancang jadual bertugas dan aktiviti PSS.

  4. Memastikan semua aktiviti lembaga PSS berjalan lancar.

  5. Menyelesaikan segala masalah yang berkaitan ahli lembaga.

  6. Mengetuai segala upacara rasmi lembaga PSS.

  7. Menjadi teladan dan panduan kepada ahli lembaga yang lain.

  8. Menjadi lambang kecekapan Lembaga PSS.

 

SETIAUSAHA DAN NAIB SETIAUSAHA

 

  1. Membuat minit mesyuarat dan laporan semua aktiviti lembaga sepanjang tahun.

  2. Membantu guru penyelaras dalam urusan fail lembaga.

  3. Menyediakan jadual bertugas ahli lembaga dan memantau kehadiran mereka.

  4. Membantu pengerusi dan naib pengerusi dalam menjalankan semua aktviti PSS.

  5. Menjadi teladan dan panduan kepada ahli lembaga yang lain.

  6. Menjadi lambang kecekapan Lembaga PSS.

 

BENDAHARI DAN NAIB BENDAHARI

 

  1. Menguruskan semua servis PSS yang menjana pendapatan – fotostat, printing, laminating, binding, jualan buku dan jualan coffee corner.

  2. Bertanggunjawab sepenuhnya dalam urusan fotostat (di bantu oleh top 6 yang lain ).

  3. Menyimpan rekod kewangan dengan baik dan membuat laporan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

  4. Membantu pengerusi dan naib pengerusi dalam menjalankan semua aktiviti PSS.

  5. Menjadi teladan dan panduan kepada ahli lembaga yang lain.

  6. Menjadi lambang kecekapan Lembaga PSS

TUGAS AJK PS

 

AJK KECERIAAN

  1. Memastikan keadaan luar dan di dalam PS berada dalam keadaan yang bersih dan ceria.

  2. Memastikan maklumat di papan notis di dalam dan di luar PS sentiasa di kemaskini dan berada dalam keadaan yang baik. Ini meliputi laluan ilmu, ruang bacaan di kantin dan ruang tingkat 5 dan 6 dalam PS.

  3. Membuat décor untuk perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Kemerdekaan.

  4. Mengadakan pameran bertema di satu ruangan di PS.

 

AJK ICT

  1. Memastikan semua komputer dan printer di PS berfungsi dengan baik, pastikan tiada bahan pelajar yang disimpan dalam komputer dan tidak ada virus dibawa masuk ke dalam computer.

  2. Dapat membantu ‘troubleshoot’ masalah yang dihadapi pelajar dalam penggunaan komputer dan printer.

  3. Memastikan printer ‘head’ di cuci dari masa ke semasa untuk menjaga kualiti bahan print.

  4. Sentiasa bersedia untuk membantu walaupun di luar masa bertugas.

 

AJK KATALOG DAN PROSES

  1. Membantu guru PS dalam mengkatalog buku dan memproses buku.

  2. Memastikan dapat belajar dan menguasai sistem katalog KOHA dan dapat membantu ahli PS lain yang ingin membantu memproses buku atae mengkatalog buku.

  3. Memproses buku dan memantau ahli ps yang membantu agar buku diproses dengan betul.

  4. Cetak call number untuk ditampal pada buku yang telah diproses dengan cara yang betul.

  5. Pastikan buku disusun di rak yang betul mengikut ‘call number’ masing-masing.

 

 

 

 

AJK COFFEE CORNER

  1. Memastikan bahagian coffee corner sentiasa bersih.

  2. Memastikan makanan ringan yang disediakan sentiasa mencukupi dan tidak luput tarikh.

  3. Memastikan ada buku untuk dicatat bahan belian dan tabung untuk wang dimasukkan.

  4. Memastikan harga makanan dilabel dengan jelas.

  5. Memastikan wang kutipan diserahkan kepada bendahari untuk di rekodkan.

 

AJK KITAR SEMULA

  1. Memastikan kotak-kotak recycle disediakan ditempat yang ditentukan

  2. Operasi kutipan bahan recycle harus dijalankan setiap minggu

  3. Mencari cara untuk menambah bahan recycle.

  4. Sentiasa memastikan bahan recycle disusun kemas di bilik recycle.

  5. Meletakkan kotak-kotak untuk kutipan buku terpakai selepas peperiksaan P1,P2 dan P3.

  6. Menyusun buku-buku terpakai yang disumbang di bilik stor dan menyediakannya untuk Jualan Buku Terpakai.

 

AJK PUBLISITI

  1. Menguruskan laman web dan Instagram PS dengan sentiasa mengemaskini dan update dengan aktiviti PSS

  2. Mempromosi aktiviti PSS dari masa ke semasa.

  3. Mengambil gambar semua aktiviti PS dan menyimpanya di Google Drive PS untuk simpanan masa hadapan.

  4. Gambar aktiviti juga harus di hantar ke kumpulan watsapp (sekurang kurangnya 4-5) dan juga kepada Setiausaha untuk laporan selain daripada di masukkan ke dalam Insta (beberapa gambar).

  5. Menulis blog sekiranya boleh untuk menarik pengunjung ke PS.

  6. Memantau bookmark PS dan memastikan mencukupi untuk diberikan kepada pelawat.

 

 

 

AJK BILIK BILIK KHAS

  1. Memastikan bilik-bilik berada dalam keadaan yang bersih, rapi dan semua peralatan diletakkan di tempat yang sepatutnya.

  2. Membantu dalam pemasangan LCD projector sekiranya perlu dan membantu troubleshoot masalah teknikal yang dihadapi dalam penggunaan peralatan di bilik-bilik tersebut.

  3. Memastikan buku penggunaan bilik berada di atas meja guru di bilik dan di isi oleh guru yang menggunakan bilik.

mbaga PSS

TUGAS HARIAN AHLI LEMBAGA PS

​

  1. Penyusunan Buku di Rak

 

  • pastikan tahu mengenai sistem sususan LOC (Library of Congress) dalam menyusun buku di rak

  • buku disusun dari kiri ke kanan, atas ke bawah, mengikut susunan abjad dan nombor

  • pastikan buku diletakkan dalam keadaan tegak dan disusun kemas dengan nama buku terpapar di bahagian tulang belakang buku.

  • letakkan book holder untuk menahan buku agar tidak jatuh atas rak

  • sekiranya buku terlalu banyak atau berat di atas satu rak, pisahkan buku ke bahagian kiri dan kanan rak, tinggalkan bahagian tengah kosong.

  • buku fiksyen Bahasa Inggeris dan Bahasa melayu yang bermula dengan call number FM dan FI perlulah diletakkan di bahagian bacaan riadah.

  • buku-buku yang terkoyak atau call number terkeluar dsbnya haruslah di bawa ke bilik kerja untuk diperbaiki.

  • buku-buku yang dipulangkan pelajar haruslah diletakkan di ruang ‘to shelve’ dalam bilik kerja dan  haruslah di bawa naik dan diletakkan di tempatnya di rak.

  • susunan majalah juga haruslah teratur dan diubah tajuk majalah di rak hadapan dari masa ke semasa

​

  1. Membantu Top 6 di kaunter

 

  • membantu bendahari atau top 6 yang bertugas dalam urusan fotostat dengan mengambil bahan fotostat dan menyerahkan kepada bendahari, mengira jumlah m/s yang hendak di fotostat, dan mengutip bayaran dan menyerahkan kepada bendahari untuk dimasukkan ke dalam peti wang dan dicatat dalam file kutipan.

  • memastikan caj yang berpatutan dikenakan kepada semua bahan yang dicetak, mengikut ‘guideline’ yang disediakan. Juga dicatat dalam fail kutipan.

  • membantu dalam urusan ‘check in’ dan ‘check out’ buku menggunakan sistem KOHA. Sekiranya internet tidak ada, perlulah meminjam dan memulangkan buku secara manual dalam menulis di fail yang disediakan. Data ini kemudian haruslah dimasukkan ke dalam sistem KOHA apabila sistem internet pulih.

  • pastikan pelajar yang lewat pulang buku membayar denda dan dicatatkan juga.

  • pastikan keadaan kaunter teratur, semua peralatan seperti gunting, pen, stapler, pembaris dsbnya di letakkan kembali di tempat asal.

  • sekiranya ada bahan yang perlu diganti atau dibeli perlu diberitahu kepada guru dengan segera.

 

  1. Mengawasi penggunaan komputer dan printer

         

  • perlu arif dalam hal penggunaan computer agar dapat membantu pengguna

  • adalah menjadi tanggungjawab ahli pss untuk ‘switch on’ computer dan ‘connect’ kepada internet sejurus datang untuk bertugas dan menutup semua suis sebelum menutup PS.

  • -pastikan pelajar tidak menggunakan ‘pen drive’ di computer

  • -bantu pelajar dalam ‘printing’, atau pastikan printer digunakan dengan cermat agar tidak rosak

  • -pastikan ada kertas untuk urusan printing pada setiap printer

  • -pastikan ink sentiasa ada, jika tidak hubungi ajk ict atau top 6 untuk top up ink.

  • -sekiranya pelajar menghadapi masalah haruslah membantu mereka sebaik yang boleh

  • -sekiranya tidak dapat membantu, hubungi top 6, ajk ict atau guru ps.

 

  1. Menjaga suasana dan persekitaran PS

 

  • pastikan kerusi meja disusun kemas dan semua bahan pameran, rak dsbnya dalam keadaan bersih, kemas dan rapi

  • sekiranya perlu, sapu dan mop lantai pss

  • sebarang sampah terutamanya sampah makanan haruslah dibuang di tong sampah di luar PS agar tidak berbau

  • semua jam dinding di PS perlu berfungsi sepanjang masa, tukar bateri jika perlu.

  • Pastikan semua bahan pameran dan bahan di papan-papan tanda PS  berada dalam keadaan baik

 

  1. Membantu pengguna PS

 

  • pastikan semua pengunjung PSS yang ingin berada di Tingkat 6 lebih dari 10 minit menulis nama di buku biru di kaunter atau scan barcode kemasukan di pintu PS.

  • pastikan tiada beg dibawa masuk ke dalam PSS dan juga tiada buku yang tidak dipinjam di bawa keluar

  • ahli PS harus tahu cara mencari bahan menggunakan system OPAC Koha, dan mencari buku di rak menggunakan call number LOC untuk mencari buku di rak

  • buku buku seperti ensiklopedia, kamus dan atlas tidak boleh dipinjam. Semua buku yang tidak boleh dipinjam akan ada sticker bulat merah di atas call number di tulang belakang buku.

  • sentiasa ceria dan sedia membantu semua pengunjung

  • sekiranya ahli pss ingin menggunakan servis PSS, pastikan semua pengunjung dilayan dahulu.

​

  1. Menguruskan servis PSS – laminating dan  binding

 

  • pastikan bahan yang hendak di laminate di jaga dengan baik

  • pastikan mesin laminate dipanaskan pada suhu yang betul (120 degree celcius) dan lampu hijau menyala sebelum memasukkan kertas. Kertas laminate haruslah dimasukkan dengan betul, agar tidak tersangkut dan terbakar.

  • sekiranya membuat ring binding, pastikan ring yang dipilih sesuai dengan ketebalan bahan yang hendak di bind. Semak dulu sebelum menebuk lubang agar tidak membuat kesalahan.

  • sekiranya tape binding, pastikan stapler yang betul dengan bullet yang bersaiz betul dimasukkan ke dalam stapler mengikut ketebalan bahan.

  • pastikan bayaran dikenakan dengan tepat mengikut ‘guideline’ yang disediakan.

 

  1. Proses buku

 

  • tugas proses buku hanya dibuat atas arahan guru dan dengan pemantauan top 6

  • ikut manual proses buku yang telah disediakan (ditampal di notis board, di letakkan dalam fail dan juga di share dlm watsapp PS)

  • setiap buku yang telah di proses akan mempunyai semua elemen berikut : - call number (di hujung atas kanan di m/s pertama), bar code (atas, tengah, m/s pertama), call number sticker di tulang belakang, cop PSS di muka tajuk, ms 43 atau 395 dan ms belakang, cop panjang PSS di ketiga-tiga bahagian tepi buku dan due date slip yang ditampal di tengah ms hadapan.

  • Call number harus di print di atas kertas sticker, di gunting dan ditampal pada tulang belakang buku dan di lekatkan cello tape di atasnya ( dibuat apabila ada 50 buku untuk di tampal call num).

  • -sekiranya buku tidak cukup semua syarat tersebut, haruslah diletakkan di rak ‘to process’ dlm bilik kerja untuk di lengkapkan dahulu.

bottom of page