top of page

SISTEM KOHA

Ribuan terima kasih kepada Asia e University (AeU), dermawan kami.

​

Asia e University (AeU) ialah universiti kolaborasi yang unik, di mana ia ditubuhkan dengan inisiatif Asia Cooperation Dialogue (ACD), sebuah badan yang ditubuhkan pada 2002 untuk mempromosikan kerjasama Asia di peringkat benua.

​

Universiti ini ditubuhkan atas inisiatif kerajaan Malaysia dan merupakan penggerak e-pendidikan, seperti mana disahkan semasa mesyuarat Menteri ACD di Islamabad (2005) dan di Doha (2006) serta disokong oleh 34 ahli negara ACD. Ia berkolaborasi dengan institusi pengajian tinggi dan pusat latihan di negara ahli-ahli ACD, iaitu ijazah akademik dan program latihan professional yang berkualiti dan mampu dikecapi oleh semua ditawarkan.

​

PS KTEPJ telah dijadikan anak angkat oleh AeU di bawah satu daripada inisitif projek CSR AeU. AeU memberikan konsultasi dari segi menyediakan sistem pusat sumber yang berautomasi dengan sistem KOHA*. AeU mempunyai pengalaman yang luas dengan sistem ini dan ia juga merupakan pusat rujukan KOHA untuk negara. Kami amat berterima kasih kepada Puan Munisah Yusoff, Ketua Perpustakawan AeU dan pasukannya yang telah melawat PS KTEPJ pada 22 Mei 2014 dan berkongsi dengan kami pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mereka. Kami berharap agar kami akan terus mendapat sokongan padu daripada pasukan AeU pada masa-masa akan datang.

​

*KOHA ialah Sistem Integrasi Perpustakaan terbuka yang digunakan di serata dunia. Ia dibangunkan oleh komuniti perpustakaan dan kini semakin diterima dan digunakan oleh masyarakat, sekolah, dan perpustakaan khas. Terma KOHA berasal daripada Bahasa Maori yang bererti hadiah atau sumbangan.

bottom of page