top of page

Aktiviti 2022

Perayaan Tahun Baharu Cina 2022

Aktiviti menghias PSKTEPJ telah dilakukan pada 24/1/22 sehingga 28/1/22 di PSKTEPJ sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2022.

Mesyuarat Lembaga PS 1/2022
20220412_150306

20220412_150306

IMG_20220412_141835_edited

IMG_20220412_141835_edited

20220412_152147

20220412_152147

IMG_20220412_142538_edited

IMG_20220412_142538_edited

20220412_141704

20220412_141704

20220412_142404

20220412_142404

20220412_142954

20220412_142954

Mesyuarat Lembaga PS 1/2022 telah diadakan pada 12 April 2022 secara bersemuka di blended classroom, PSKTEPJ.

Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS) Atas Talian pada 18.4.2022

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022

Aktiviti menghias PSKTEPJ untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 telah dilakukan pada minggu kedua bulan April 2022.

Aktviti Jom Membaca 2022

Aktiviti Jom Membaca 2022 telah dijalankan secara serentak di KTEPJ pada 22.4.2022. Aktiviti ini dijalankan selama 10 minit pada pukul 11:00 Pagi sehingga 11:10 pagi.

Majlis Perlantikan Dan Penyerahan Sijil Penghargaan PSKTEPJ 2022

Pada 25.4.2022, Majlis Pelantikan Lembaga PSKTEPJ Sesi 2021/2022 dan Majlis Penyerahan Watikah Lembaga PSKTEPJ Sesi 2020/2021 telah diadakan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang, Puan Ros Binti Lizan yang bertempat di tingkat 6, Pusat Sumber.

Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya 2022

Pada 27.5.2022, gabungan lembaga KTEPJ telah mengadakan Sambutan Majlis Hari Guru dan Hari Raya. Kedua-dua majlis ini telah diadakan dengan jayanya yang dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi 1 (Majlis Hari Guru) dan sesi 2 (Majlis Hari Raya). 

Majlis Apresiasi Semester 1 2022

Pada 30.5.2022, Majlis Apresiasi Semester 1 telah diadakan di tapak perhimpunan KTEPJ. Seramai 45 orang pelajar semester 1 berjaya mendapat CGPA 3.0 dan ke atas, dan hampir 12 orang merupakan ahli perpustakawan PSKTEPJ 21/22. Salah seorang daripada mereka, Muhammad Syahmi Haziq berjaya mendapat CGPA 4.0. Tahniah diucapkan kepada semua yang mendapat keputusan yang cemerlang!

Aktiviti Gotong Royong Perdana 2022

Gotong Royong Perdana buat kali kedua telah berjaya diadakan pada 21.7.2022. Semua warga KTEPJ telah berganding bahu membersihkan seluruh kawasan kolej untuk menyambut kedatangan junior pada 25.7.2022. PSKTEPJ ingin mengucapkan terima kasih kepada pelajar S3/22 yang telah  bergabung tenaga membantu membersihkan kawasan pusat sumber. Kami tidak sabar untuk menyambut junior dengan berwajah baru!

Majlis Persaraan Puan Tan Lit Wah

29.7.2022 merupakan hari persaraan Puan Tan Lit Wah, salah seorang guru PSKTEPJ. Majlis ini disambut meriah oleh pelajar dan guru PSKTEPJ, serta ahli keluarga dan rakan-rakan Puan Tan sendiri. Beberapa pelajar juga telah membuat persembahan dan salah seorang dari mereka ialah ahli PSKTEPJ sendiri, iaitu Lai Xin Yu. PSKTEPJ mengucapkan "Selamat bersara, Puan Tan Lit Wah!"

Persediaan Jualan Buku Terpakai 2022

Pada 4.8.2022, persediaan untuk jualan buku terpakai 2022 telah dijalankan. Jualan tersebut akan diadakan pada 5.8.2022 dan dari 8.8.2022 hingga 12.8.2022. Pelajar KTEPJ dapat membeli buku STPM terpakai dengan harga yang berpatutan, iaitu serendah RM 1 sebuah buku.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Kolej

Pada 15.8.2022, program ulasan buku telah disampaikan oleh saudari Nur Kamalia dari kelas SS9/22, selaku wakil daripada PSKTEPJ sewaktu Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Kolej.  

Lawatan Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu

Pada 1.9.2022, PSKTEPJ telah menerima lawatan dari Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu. Banyak kemudahan di PSKTEPJ telah ditunjukkan kepada guru dan pelajar.

Perjumpaan Pertama Bersama Junior
Screenshot (1783).png

Pada 3.9.2022, PSKTEPJ telah mengadakan sesi perjumpaan kali pertama senior dan junior pada 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Sesi ini merupakan peluang untuk senior dan junior mengenali antara satu sama lain.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2022

Pada 15.9.2022, Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik telah diadakan di foyer KTEPJ. Pelajar sesi 2021/2022 dan sesi 2020/2021 termasuklah ramai pengawas pusat sumber berjaya mendapat CGPA 3.0 dan ke atas dalam peperiksaan STPM Semester 1, keseluruhan STPM 2021 serta tahap 5.0 dalam MUET 2021. Pelajar-pelajar ini diberikan sijil pencapaian. PSKTEPJ ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang mendapat keputusan yang cemerlang dan semoga terus berjaya pada masa hadapan!

Penyampaian Hadiah Pertandingan Anjuran Unit MUET bersama PSKTEPJ  dan Pengumuman Pertandingan Kitar Semula

Pada 3.10.2022, penyampaian hadiah Pertandingan Forum Muet anjuran Unit Muet bersama PSKTEPJ telah diadakan. Saudari Si Rou Yi, selaku pengerusi PSKTEPJ sesi 2021/2022 telah mengumumkan  pemenang-pemenang pertandingan ini. 

Saudara Muhammad Syahmi Haziq, selaku ketua AJK Kitar Semula PSKTEPJ telah mengumumkan pelancaran Pertandingan Kitar Semula antara kelas-kelas.

Perayaan Deepavali 2022

Aktiviti menghias PSKTEPJ untuk perayaan Deepavali 2022 telah dilakukan pada 20.10.2022.

Lawatan ke Asia e-University

Pada 29.10.2022, PSKTEPJ telah mengadakan lawatan ke Asia e-University yang terletak di SS15, Subang Jaya dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari. Rombongan ini terdiri daripada 25 orang pengawas pusat sumber dan 4 orang guru pusat sumber. Suatu ceramah telah diberikan oleh En Amir Hussain Md Ishak (ketua pusat sumber AeU) dan lawatan ke pusat sumber universiti telah dijalankan. Lawatan ini adalah sangat bermanfaat kepada kami semua.

Pertandingan Kitar Semula

Pada 24.11.2022, Pertandingan Kitar Semula yang dianjurkan oleh Unit Kitar Semula PSKTEPJ telah tamat. PSKTEPJ telah dibantu oleh Kelab Petanque untuk mengemas barang kitar semula yang telah dikutip dari kelas-kelas. Keputusan pertandingan juga telah dikira dan ditetapkan oleh AJK Kitar Semula PSKTEPJ.

Hari Interaksi dan Majlis Perpisahan Puan Nidhia















25.11.2022 adalah hari yang tidak boleh dilupakan. PSKTEPJ telah menganjurkan Hari Interaksi  dan Majlis Perpisahan Puan Nidhia pada hari yang sama.

Hari Interaksi terdiri daripada beberapa aktiviti yang diadakan di empat stesen berlainan. Kami berharap para ahli baharu seronok dengan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan.

PSKTEPJ juga mengadakan majlis perpisahan bagi menghargai jasa Puan Nidhia. Puan Nidhia telah mula berkhidmat sebagai salah seorang guru PSKTEPJ pada tahun 2014. Beliau menjadi Ketua Guru Penasihat PSKTEPJ bermula tahun 2017 sehingga kini (tahun 2022). Sumbangan Puan Nidhia kepada PSKTEPJ adalah tidak terhingga. Kami akan kehilangan seorang guru pusat sumber yang amat berdedikasi. Ribuan terima kasih dan selamat maju jaya, Puan Nidhia.

bottom of page