Peraturan Pengguna Pusat Sumber KTEPJ
PERATURAN AM
​
-
Pelajar hanya boleh menggunakan PS pada waktu operasi iaitu pada waktu rehat dan pada hari Isnin serta Khamis (2:15 – 4:00 petang) dan Jumaat (12:35 – 2:00 petang).
-
Beg tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam PS. Beg perlu diletakkan di rak beg di luar PSS. Hanya buku-buku latihan dan alat tulis dibenarkan untuk dibawa masuk.
-
Pengawas pusat sumber akan memeriksa bahan yang dibawa masuk dan dibawa keluar dari PSS. Pelajar dipohon untuk memberikan kerjasama.
-
Pelajar dikehendaki menulis nama, kelas, waktu masuk, dan waktu keluar pada buku yang diletakkan di atas kaunter setiap kali masuk ke PS (kecuali menggunakan perkhidmatan di kaunter).
-
Pelajar tidak dibenarkan untuk mengubah kedudukan kerusi dan meja di dalam PSS.
-
Setiap suis lampu, suis kipas dan suis pendingin hawa yang dihidupkan haruslah dimatikan selepas penggunaannya.
-
Buku, surat khabar dan majalah yang telah dibaca haruslah dikembalikan ke tempat asalnya dan tidak boleh dibawa keluar dari PS.
-
Buku-buku yang telah dibaca haruslah diletakkan semula di tempat asalnya atau dipulangkan ke troli yang disediakan.
-
Sebarang kehilangan atan kerosakan harta benda persendirian pelajar atau guru tidak akan ditanggung oleh pihak PS.
-
Pelajar yang didapati merosakkan buku seperti menconteng, mengoyak muka surat, dan sebagainya perlulah membayar harga buku tersebut.
-
Sila masukkan sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan.
-
Guru mata pelajaran yang membawa masuk pelajar ke PSS dikehendaki berada bersama-sama pelajar sepanjang waktu pengajaran bagi kelas tersebut.
-
Guru PS berhak mengarahkan pelajar pulang ke kelas mereka semula sekiranya guru mata pelajaran tiada bersama-sama pelajar.
​
KEAHLIAN DAN PINJAMAN
-
Keahlian pelajar baharu akan dibuat pada bulan Julai setiap tahun. Pelajar perlu memberikan nama, kelas, nombor kad pengenalan, nombor telefon, dan alamat e-mel untuk dimasukkan ke dalam sistem KOHA (Sistem Automasi PS).
-
Setiap kali ingin meminjam buku, pelajar perlu memberikan nombor kad pengenalan mereka sahaja.
-
Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan pengawas PSS atau Guru PS.
-
Semua peminjaman buku akan dibuat melalui sistem KOHA atau juga dicatatkan secara manual.
-
Buku-buku yang bertanda merah (red spot) ialah buku rujukan dan tidak boleh dipinjam.
-
Buku-buku yang dipinjam mesti dijaga dengan baik. Jika buku yang dipinjam hilang, harga asal buku tersebut perlu dibayar.
-
Pelajar boleh meminjam 2 buah buku selama 1 minggu dan dibaharui 1 minggu lagi. Buku rujukan bertanda hijau (green spot) hanya boleh dipinjam selama 1 minggu dan dibaharui untuk 1 minggu lagi. Guru boleh meminjam 3 buah buku selama 2 minggu dan dibaharui 1 minggu lagi.
-
Pelajar yang lewat memulangkan buku akan didenda RM 0.10 sehari sehingga buku yang dipinjam itu dipulangkan. Selagi buku yang dipinjam tidak dipulangkan, pelajar tidak boleh meminjam buku lain.
-
Nama pelajar yang sering lewat memulangkan buku akan disenaraihitamkan (black list) dan tidak boleh meminjam buku selama 3 bulan yang berikutnya.
​
PERATURAN PENGGUNAAN
BLENDED CLASSROOM DAN BILIK TAYANGAN
​
-
Pelajar hanya boleh masuk ke dalam bilik tersebut bersama dengan guru yang telah menempahnya terlebih dahulu daripada guru PS yang megawasi kedua-dua bilik tersebut.
-
Tempahan bilik hanya boleh dilakukan sekali dalam seminggu oleh setiap guru. Sekiranya guru perlu menggunakan bilik tersebut lebih dari tempoh itu, guru dibenarkan membuat tempahan sejam sebelum penggunaan sekiranya ada kekosongan.
-
Bilik-bilik ini boleh ditempah sekiranya guru perlu menggunakan peralatan APDM yang disediakan di dalam bilik tersebut. Bilik tersebut tidak boleh ditempah untuk penggunaan PdP biasa tanpa menggunakan APDM, kecuali dengan kebenaran Pengetua.
-
Semua peralatan di dalam bilik haruslah dijaga dan digunakan dengan baik. Keadaan bilik mesti dikembalikan kepada keadaan yang asal selepas penggunaannya.
-
Buku penggunaan bilik yang diletakkan di dalam bilik tersebut harus diisi setiap kali bilik itu digunakan.
-
Kunci bilik harus dipulangkan kepada guru PSS dan dicatatkan di dalam buku kawalan pengambilan kunci (waktu ambil dan waktu pulang).
​
PENGGUNAAN COFFEE CORNER
-
Pelajar boleh membeli makanan dan minuman di coffee corner dengan mencatatkan harga makanan dan minuman yang dibeli pada buku yang disediakan dan wangnya perlu dimasukkan ke dalam peti yang disediakan.
-
Pelajar haruslah bersikap jujur dan membayar harga makanan serta minuman yang dibeli berdasarkan harganya yang sebenar.
-
Semua sisa makanan atau sampah haruslah dibuang ke dalam bakul sampah yang disediakan.
-
Pastikan minuman tidak ditumpahkan dan kebersihan dijaga sepanjang masa.
​
PENGGUNAAN KOMPUTER
​
-
Pengawas perpustakaan akan menghidupkan komputer dan memastikan ada capaian internet. Pelajar harus mendapatkan bantuan pengawas PS sekiranya komputer belum dihidupkan.
-
Pelajar tidak dibenarkan untuk menggunakan pen drive. Semua bahan yang hendak diedit atau dicetak haruslah die-melkan kepada diri sendiri dan dibuka di dalam komputer PSS.
-
Pelajar tidak harus mengambil masa yang lama untuk mengedit bahan supaya memberikan peluang kepada pelajar lain untuk menggunakan komputer.
-
Semua bahan yang dimuat turun ke dalam komputer haruslah dipadamkan sebelum beredar.
-
Pelajar tidak dibenarkan memuat turun apa-apa bahan yang mengganggu sistem komputer. Bahan yang dimuat turun haruslah merupakan bahan yang berkaitan dengan PdP sahaja.
-
Pelajar juga dilarang menukarkan 'wall paper' desktop dan sebarang ‘setting’ pada komputer.
-
Pelajar juga tidak dibenarkan melayari mana mana site di laman web yang tidak sesuai, dilarang dan diharamkan oleh kerajaan. Sekiranya pelajar didapati melakukan perkara tersebut, tindakan tatatertib atau tindakan disiplin akan diambil.
-
Pelajar tidak dibenarkan untuk mematikan suis komputer. Setelah selesai menggunakan komputer, pelajar perlu memaklumkannya kepada pengawas PS yang bertugas.
​
PENGGUNAAN ALAT PENCETAK (PRINTER)
​
-
Alat pencetak haruslah digunakan dengan cermat dan sekiranya pelajar menghadapi masalah, pelajar perlulah mendapatkan bantuan pengawas yang bertugas atau guru pusat sumber.
-
Sebelum mencetak sesuatu, pastikan bahan yang hendak dicetak disemak terlebih dahulu agar tidak berlaku salah cetak.
-
Semua cetakan haruslah dibayar, walaupun tersalah cetak mengikut kadar bayaran yang ditetapkan.
-
Pihak PS tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang dihadapi sewaktu cetakan sedang dilakukan tetapi mereka akan cuba untuk memberikan bantuan kepada pelajar setakat yang termampu.