top of page

Makna Logo PS KTEPJ

Final 11pm PS badge.png

Monitor komputer

Melambangkan perubahan kemajuan teknologi dan maklumat PS KTEPJ yang sentiasa bergerak sehaluan dengan negara ke arah pendidikan abad ke-21 yang serba moden tanpa melupakan sejarah silam.

 

Kotak-kotak pelbagai warna

Melambangkan pelajar KTEPJ yang pelbagai kaum, rupa, dan ragam yang sentiasa digalakkan berfikir di luar kotak dan berani mengorak langkah hingga ke peringkat yang tertinggi.

 

Lencana KTEPJ di dalam komputer

Melambangkan PS KTEPJ yang sentiasa bergerak dan berganding bahu serta sehala dengan visi dan misi KTEPJ

 

Lingkaran di sekeliling komputer

Melambangkan perlembagaan dan peraturan kolej, negeri, dan negara yang sentiasa dipatuhi oleh PS KTEPJ.

 

Slogan

“Pusat Pemupukan Kecemerlangan” merupakan slogan PS KTEPJ yang sentiasa berazam menjadi pusat rujukan pemupukan semangat untuk menuju ke arah kejayaan dan kecemerlangan dalam kalangan pelajar dengan perkhidmatan yang cekap dan berkesan.

 

Bulatan berwarna biru dan merah

Melambangkan kesepaduan dari segi kemantapan ilmu dan kemahiran dalam mengakses maklumat dan perkhidmatan PS KTEPJ.

 

Semua warna yg digunakan dalam logo PS KTEPJ sama dgn warna bendera kolej.

bottom of page